Rabu, 29 September 2010

AidilFitri Di Tembok Batu

Orang beraya kami pulak pandai pandai lepak tepi tembok sambil cuba cuba merendamkan gewang..Penulis dan bersama beberapa orang rakan sempat curi curi casting bila ada masa terluang di hari raya ini.Pada Raya ketiga Cikgu Mizlan Dark Art Caster telah menjemput kami untuk berkunjung kerumahnya,sebelum kerumahnya penulis bersama Khalid sempat mencuba casting di tepi tepi batu di jembatan kg Patau Patau..
Kerana penulis tidak berhasil memecahkan Dara mesinnya,Penulis hanya duduk duduk memikirkan si ikan yang pergi ntah kemana..C Khalid pula menyambung melaksanakan misi penulis untuk memecahkan dara mesinnya..Dan hasilnya seperti di atas,walaupun kecil tapi ikan tetap ikan.

Seperti baru bangun dari tidur..ini hasil kedua penulis di sungai berdekatan rumahnya..

SP manjadi pilihan pada hari ini..
Senjata ekonomi tapi sangat berbaloi digunakan..

Penulis sedang melayan Sang Black Bass a.k.a Belukang @ Badukang..

Bole tahan saiz,klo lah ini siakap putih,MJ atau Gt kompom sudah masuk periuk..tapi ni apakan daya,belum ada resepi lagi untuk memasak Spesis mahal ini.

Close Up Gewang Rapala Shad Rap Bleeding Cooper Flash 5 cm.


Keadaan Lubuk Yang Baru diterokai..Bertahun dah kami tau lubuk ni tapi amat jarang kami masuki di atas faktor faktor keselamatan hehehehe..Amir LC bkn CC pernah mandaratkan 2 ekor MJ dan seliding menggunakan teknik mengilat di lubuk ini..









Selasa, 28 September 2010

Opps Terjah Di Awal Pagi

Hasil Tertunggak..Oleh kerana kesibukan kerja dan masalah network beberapa keping gambar hasil terkini belum sempat di upload..antara hasilnya ialah sekor ikan Black Bass hehehehe....Belukang..tempat tidak dirasiakan,lubuk ini berdekatan dengan pasar labuan.

Selamat tinggal wahai pujaan....

Yasean jugak tidak ketinggalan mempamirkan kehandalannya dengan mendaratkan Atlantik Tarpon..Bagus budak ni,dia casting dengan sapa sapa sahaja,dia tidak memilih kawan padahal ada team yang kata dia ni Team mereka,budak ni bebas la bro tidak terikat dengan mana2 team sma macam aku jugak... hehehehe

Hasil berikutnya penulis bergaya dengan hasil haruannya..trip ini dibuat bersama Bro Mizlan Dark Art Caster..Hasil pertama penulis.
Sambaran hampir Miss dan terlekat sipi di bibir Haruan ini.

Hasil berikutnya di lubuk yang sama tapi berlainan tempat..

Solid Hook Up..
Itulah sebahagian hasil dari penulis dan jugak rakan rakannya..sehingga bertemu lagi.
By : Izam
Gambar Haruan ihsan dari MIZLAN DARK ART CASTER










Rabu, 22 September 2010

Takat Si Awang Kompom Berisi -

Habis bulan ramadan bulan syawal menjelma..belum terlambat lagi kami Labuan Caster Team mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..Bagi mat mat popping kami hari raya bukan penghalang untuk mereka memburu perkasa lautan ini..Hasil amat memberansangkan..Liat gambar di atas tai ko chan mendapat GT yang sememangnya perkasa..percaya atau tidak,beliau hanya bersenjatakan Set Medium Light casting sahaja..Popper Maria Angel Kiss si awang tagal ini memang Killer..
HHHHaaaaaaaaaaaaa...haaaaaaaaaaaa....satu lagi spesis pelari pecut yang bersaiz bagak..Ikan Talang dalam nama saintifik nya aku pun nda tau hehe..Si ender akhirnya berjaya mendapatkan ikan besar yang memang diidamkannya selama ini..Budak ni lagi teruk pasal dia popping Talang sebesar ni dengan hanya berjorankan 6-12lbs dan saiz mesin sekecil 1000 woooooooooooo....Dah memang rezki dia,betuah mamat ni...

Hampir ditelan Popper Chug Bug si awang...

Peeewwwiiitttt...inilah ikan Mahal..kerapu Pisang @ Lantaran berjaya digoda menggunakan SP.Awang Tagal juga yang kena..Ini merupakan ikan idaman beliau..Ikan ini memang susah digoda dan di pujuk keluar dari sarangnya,tapi dengan pengalaman Awang tagal beliau dengan tenang bermain dengan ikan ini.

GT dari awang tagal...

GT seterusnya hanya tersangkut di pipi..


Warna GT yang baru didaratkan..


Tai can dengan GT menggunakan Popper Maria.

Lagi GT dari Tai Can

Aduuiiiiiiiiiiii GT lagi.....banyak sungguh GT di Takat si awang ini.

GT dengan Popper Maria warna purple.

GT double Hook up...mereka dah tidak sanggup bergambar lagi


Pastinya kami akan mengempur lagi Di drop off dan Takat sekitar kampung lubuk temiang..Doakan kejayaan Trip trip kami amin....
Oleh : Izam LC