Isnin, 25 Oktober 2010

Penghuni Cilik Sg Genggarak

Lubuk yang sepi kini mula menunjukkan kembali sinarnya yang telah lama malap.Dulu disinilah Siakap,Siakap Merah,Kerapu,Alu alu dan lain lain bermaharaja lela..tapi selepas diganggu oleh Mat mat rentang,Mat Tebar ( jala ) penhuni lubuk ini seakan mendiamkan diri..Kesan dari peninggalan 2 jenis mat itu amat ketara seperti tingalan pukat pukat lama yang banyak tersangkut di tepi tepi tembok dan juga reba yang terdapat disitu menjadikan Penghuni disitu menjadi takut,dan kesannya dapat dirasai sehingga kini..Pagi sabtu saya bersama seorang kawan berasal dari miri En Imran telah bertandang kesini untuk mencuba nasik untuk kesekian kalinya..Keadaan air pada ketika itu sedang bergerak pasang..Dalam hati berkata " cun air pagi ni" tapi adakah Ikan yang sudi menyambar gewang kami?Lontaran kali ke 7 saya menggunakan Rapala Husky Jerk Yellow Flouro 10cm mendapat terkaman kecil...
Hanya beberapa ketika muncullah kelibat si mangsa..rupa rupanya seekor Baby Mj tertipu dengan gewang gedabak ini...kecil pun kecilah yang penting ikan..
Shimano Culcutta 101 B + Abu Garcia Hornet Stinger 8-16lbs + Varivas PE 2 + Rapala Husky Jerk Yellow Fluoro 10cm...
Petang tersebut saya berjaya mendapatkan seekor ikan bulan menggunakan SP

Mata kail terlekat di kepala ikan ini..

Amir dengan hasil castingnya..seekor baby MJ jugak tertipu dengan umpan tipunya...Penipu betul la...

Lagi hasil dari si amir...Seekor Anak kerapu tertewas di tangannya.

Anas berjaya mendapatkan sekor ikan kerong kerong menggunakan Rapala Shad Rap....Pastinya ada lagi hasil satu hari nanti dari kami nsyallah...

By : Izam Z LC


Selasa, 19 Oktober 2010

Monster Energy

Petang sabtu,aku,Mizlan Dark Art Caster,Pak Majed,Ridwan,Boy dan Victor berkomplot untuk menjejak spesis paling kami sanjungi iaitu sang haruan...bagi kami saiz tidak menjadi hal yang penting dpt merasa tarikan dari ikan kebangaan malaysia ini iaitu Sang Haruan..Jam 5 kami semua berkonvoi dari lajau menuju ke lubuk kebun jagung..kedatangan kami kesana tidak mendapat sambutan meriah dari penghuni parit tersebut kerana kurangnya strike..tapi lubuk itu memang berisi apabila Bro Mizlan berjaya mendapatkan trofinya yang bersaiz bagak!!!!!!!
Hasil tunggal pada trip tersebut,Haruan mega dari bro mizlan..cun cun 1.2kg.beliau menggunakan umpan sure catch junior froggie.

Hasil hari berikutnya di lubuk kebun jugak..tapi ni bukan kebun jagung atau kebun pisang tapi di lubuk kebun kangkung..lubuk ini merupakan sebuah perigi kecil terletak berdekatan rumah saya..jalan kaki 5 minit sampailah..hasil dari penulis dengan haruan yang menjadi rekod peribadinya..hasil ini jugak tidak disangka olehnya..pada lontaran kali kelima katak Hinomiya berwarna hitam merah diterkam secara lembut..ingatkan saiz baby rupanya saiz papa..3 saat diberikan untuk si Papa ini mengunyah umpan yang sememangnya amat sedap rasanya sebelum penulis membuat sentapan padu..Ikan ini mengelupur kuat dan memaksa joran tunduk mengikut lariannya..15saat selepas tu ikan ini berjaya didaratkan..tidak ada peluang bagi Si Papa ini masuk kerumput tebal kerana Drag di kunci dengan ketat.
Gambaran dari view berlainan..
Perbandingan ikan dengan set penulis bagi mengambarkan saiz sebenar ikan ini.
Gambaran jarak dekat mulut ikan ini..nampak kecil umpan froggie ini..
Katak yang berjasa kepada penulis,kerana berjaya memikat Haruan rekod peribadi penulis.
Bacaan timbangan dari boga grip.. 1.6kg


Hasil pada hari berlainan..Haruan remaja di perolehi menggunakan Seahawk Mini Froggie yang dikarau laju.
Tegap dan berisi haruan disini..
Set yang digunakan dan berjasa kepada penulis.. Abu Garcia c3 + ATC Sniper Rod 10 - 20lbs + Varivas 28lbs ( PE3)
Hasil dilaut oleh geng LC yang lain..pada hari tersebut ribut yang melanda pulau ini reda seketika.Peluang itu diambil oleh Awang n amir untuk menjenguk jenguk GT GT yang bermaharaja lela di situ..Hasilnya hanya seekor GT juvenil yang termakan Rapala Flat Rap Clown.Saiz x jadi hal yang penting Strike!!!!!
Hasil Seterusnya ikan Todak ataupun nama saintifiknya BRUCESAK yang juga tertipu dengan Rapala Flat Rap Clown. Sekeian itu saja dari kami..Gud bye i love u n i miss u soo much emmmuaaaaahhhhh..yezzaaaaahhh zassssss!!!

Text : Izam z
Foto : Izam Z & Awang LC

Rabu, 13 Oktober 2010

Gewang Murah Tapi Glamour


Satu trip dibuat bersama geng Dark Art Caster untuk mengempur satu lubuk rahsia yg baru saja ditemui oleh Bro Mizlan,iaitu Lubuk Kebun Jagung..Gambar diatas menunjukkan hasil dari otai snakehead labuan..Bro ni memang cool dan x pernah bercakap sombong walhal set yang digunakannya mencecah ribuan ringgit..

Hasil berikutnya dari sorang lagi otai haruan n toman bro ridzuan..ketekunannya membuahkan hasil di kebun jagung.

Hasil pertama penulis di kebun jagung..setelah beberapa kali mendapat sambaran tidak lekat akhirnya penulis berjaya menumbangkan ikan yg berbadan sasa ini...

Gewang Murah yang berhasil pada petang tersebut.. Sure Catch sure Bite's Dual Prob 9cm.

Hasil kedua dari penulis,Baby Haruan ini juga terpikat dengan percikan air dari gewang Sure Catch ini..Gambar dibelakang penulis itu ialah Pak Majed..

Inilah tanda sayangkan ikan ini..

Semua ikan yg diperolehi dilepaskan dengan selamat tanpa satu pun dibawa balik,demi menjaga populasi akan datang..

Pehhh..sapa yang x kenal dengan kehandalah pak majed..tanya ja pasal Toman,haruan,siakap,Gt
,Yellow Fin Tuna,doggie,Amberjack semuanya pernah dinaikkanya...Dari semenanjung hingga ke labuan minatnya terhadap memancing tidak pernah pudar..

Tersenggih Ikan ini di depan lens camera..

Syabas.....


Hasil seterusnya di lubuk Kereta mangkuk..awal awal pagi mandi peluh kerana menghela keluar ikan ini dari sarangnya...


Keadaan Ikan yang baru saja didaratkan... Fenwick Eagle GT 8-20lbs + Abu Garcia C3 4601 + varivas 28lbs ( PE 3) + 40lbs xzoga Fluoro Carbon + Sure Catch Tiny Froggie..

Sure Catch Tinny Froggie amat berkesan..

Hasil kedua,Haruan pendek tagap ini membuat sambaran di tengah tengah kawasan berumpai..Jadi Paham Paham la kompom Ikan ini berjaya meyelitkan dirinya didalam rumpai.
Tapi dengan tenang penulis menhelanya perlahan lahan supaya ikan tidak terbabas.
Bacaan timbangan boga grip???

Haruan gemuk tapi pendek bak kata orang sabah pendek pendek tagap.Ikan ini juga ditipu menggunakan Sure Catch Tiny Froggie

Ikan ini juga turut dilepaskan demi generasi akan datang...

Hari berikutnya apenulis bersama sorang lagi Geng LC yang jarang turun padang iaitu Boy pergi menjenguk keadaan Lubuk fire Tiger yang begitu lama tidak dikunjungi..

Hasil sebelum berangkat pulang...Ini bukan dibuat buat,memang beginilah keadaan ikan ini yang dipenuhi rumpai rumpai air...Terjelir lidah si boy melihat lenturan joran si penulis bila menghela ikan ini ke tebing.jarak sambaran lebih kurang 25 meter dari tebing...bayangkanlah!!!!!!!

Saiz ikan ini xlah besar sangat,tapi dengan adanya rumpai air memang susah untuk menarik sang ikan ini..

Si Boy LC menimbang ikan...

Hasil seterusnya di lubuk berasingan...sebenarnya gambar ini sudah lama tapi terlupa mau di siarkan hehehe...31 ogos tarikh ikan ini didaratkan pada jam 11.45pg

Percubaan gewang ekonomi tidak berakhir...Sean menjadi jagoan pada pagi tersebut..Dia mencuba peralatan dari Siow Chiang..

Popper Sure Catch + ATC Sniper Rod 8-17lbs.

Hasil kedua dari Sean..

Hasil ketiga dari Sean..

Hasil keempat menggunakan Popper Skitter Pop 5cm

Saiz Tarpon disini baya baya 800g hingga 1kg..Tarikan lost control jangan cakaplah...Penulis tidak berapa bernasib baik..kerana tarponnya asyik terlepas saja.

Peralatan yang dugunakan sepanjang Perjubaan Gewang gewang Ekonomi..ternyata gewang gewang seperti Sure Catch memang killer dimana saja..Terima Kasih Tackle World Labuan kerana banyak membawa masuk gewang gewang sebegini...



Teks Oleh : Izam Z
Fotografi: Izam z,Mizlan & Pak Majed Dark Art Caster.