Isnin, 29 November 2010

Zoom Di Kelong

Petang sabtu,laut berombak dan cuaca pula tidak mengizinkan kerana angin kuat,tapi tetap juga kamu kuatkan semangat untuk meredah gelora dengan menggunakan enjin 1500hp hehehe..spot pertama dituju iaitu betul betul di atas terumbu tapi keputusan kurang memberansangkan mungkin jugak laut bergelora so ikan pun tidur bawah batu hahaha...kami tidak membuang masa lalu menuju ke spot kedua iaitu di kelong..dari jauh kelihatan sekawan ikan sedang frenzy..tidak diketahui spesisi apa ka itu walaupun kami telah memanjangkan lensa kami untuk melihat gerangan siapakah itu yang dari awal kedatangan kami mereka asyik membelasah segerombolan anak anak ikan...jom zoom ke kelong...

Setiba dikelong lensa mata kami tertumpu di dinding kelong tersebut kerana frenzy disana sini berhampiran dinding kelong..dengan menggunakan lens wide angle f/2.8 dengan jelas kelihatan sang alu alu menjadi samseng petang ini...balingan peluru dari amir berjaya menjebak si hantu gigi ini...gambar diatas alu alu berjaya ditipu menggunakan Sure Catch Gobimaru.


Hasil seterusnya Dari Tuan Beck ( penulis )..sang kerapu dengan mudah ditipu menggunakan cacing ( SP ).Dua ekor lagi kerapu satu dari si awang tagal dan sekor lagi dari penulis tetapi tidak dipotretkan kerana laut bergelora membataskan sesi pengambaran kami hihi..sebenarnya ikan tersebut segera kami lepaskan kerana bersaiz ibu jari x sampai hati nak di ambil gambarnya..

Hasil berikut penulis menggunakan gewang Yozuri Crystal Minnow

Lagi alu alu dari amir...waktu ini laut x bergelora..tenang setenang tenangnya..

Rapala Husky Jerk yellow Fluoro 9cm

Kerapu juga turut tumbang ditangan gewang ini...

Ternganga mulut kerapu...

Alu alu dari amir menggunakan gewang Rapala flat rap kaler clown

Ikan misteri membesit dan menjunam dengan kuat..ini mesti angkara Black Bass bebulu ketiak..
dan pandai makan nasi kwang kwang kwang...

Aktiviti santai kami...dalam perjalanan balik kami sempat terjun untuk menyejukkan badan..

Agaknya berapa hari sudah benda ni terapung...?????

Akhirnya ia pun tenggelam kedasar dan menjadi tukun bagi spesis spesis ketambak dan manyong...
Kami pun bergerak balik kerana azan magrib sudah kedengaran..hati kami sentiasa gembira walaupun spesis dihajati iaitu GT tidak memunculkan diri..
Text and fotografi by Tuan Beck..Riangkan hati kita seperti gambar budak di bawah..

Khamis, 4 November 2010

Cacing Laku Di Lubuk Cacing.

Inilah yang dikatakan tuah di tanah sendiri..lubuk yang selama ini dibiarkan kerana nampak sempit dan kecil rupanya di huni oleh ikan ikan yang dahagakan gewang..banyak juga mangsa diorang cuma ini yg dapat di potretkan..gambar yang lain belum sempat di bluetooth lagi hihihi..gambar di atas Awang Tagal dengan lesen kedua selunsung tahun ni...

SP berkley pearl White menjadi pembunuh..

Didin budak kami jugak..dia memang rajin canting di sana sini..kerapu ini jugak tertelan SP.

Amir pun tidak ketinggalan berjaya menggoda Ikan ini dengan SP...tahniah kepada geng LC..diharap ada hasil lagi di trip akan datang sekian.....yeezaaaahhh

Mangsa Pertama Si Robot

Inilah Lubuk yang saban hari dikunjungi oleh kaki kaki Casting dan bottom..walaupun menerima tekanan yang tinggi tetapi jika kena dengan waktu n teknik toman di lubuk ini dapat juga dijinakkan.Seawal jam 6 pagi Pak Majed,Cikgu Mizalan Dan juga Belle pergi menerjah lubuk ini..saya yang terjaga dari tidur pada jam 7.10pg bergegas ke tempat ini,kerana dah berjanji awal dengan diorang untuk mengilat bersama...sesampai sahaja dilubuk tersebut pak majed memberi tahu toman banyak timbul tapi x mau menyambar umpan..x sampai 10 saat beliau berkata begitu toman itu menjadi berang dan terus melahap Spinner Bites kepunyaan pak majed...dan berlaku lah adegan tarik tali antara si toman dan si Raja toman..Dengan menggunakan Mesin Robot pak majed dengan bersahaja mengawal larian ikan itu..Nampaknya pecah dara lah mesin baru Pak majed SHIMANO CALCUTTA CONQUEST DC 100..
Yaaaaaaaa..akhirnya mesin baru beliau dah berbau ikan sekarang..Pak majed dan juga Bro Mizlan antara orang terawal di pulau ini yang memakai mesin robot..dorang dua orang ni x sombong bro walaupun mesin mereka ini bole deposit Yamaha LC 135..Ada jugak yang gatal2 mulut cakap mesin ni x bagus la,...klo sekiranya tak bagus Shimano x jual bro..xla orang berebut nak beli mesin ni..nak kena test pakai dulu baru cakap..hehehehehe..

Toman seberat 2.65kg dengan Si robot..

Ni la yang bagus mereka ni mereka mengamalkan konsep tangkap dan lepas..bagi meraka menjaga populasi lebih penting untuk d masa akan datang...yeezaaaahh