Petang sabtu,laut berombak dan cuaca pula tidak mengizinkan kerana angin kuat,tapi tetap juga kamu kuatkan semangat untuk meredah gelora dengan menggunakan enjin 1500hp hehehe..spot pertama dituju iaitu betul betul di atas terumbu tapi keputusan kurang memberansangkan mungkin jugak laut bergelora so ikan pun tidur bawah batu hahaha...kami tidak membuang masa lalu menuju ke spot kedua iaitu di kelong..dari jauh kelihatan sekawan ikan sedang frenzy..tidak diketahui spesisi apa ka itu walaupun kami telah memanjangkan lensa kami untuk melihat gerangan siapakah itu yang dari awal kedatangan kami mereka asyik membelasah segerombolan anak anak ikan...jom zoom ke kelong...
Setiba dikelong lensa mata kami tertumpu di dinding kelong tersebut kerana frenzy disana sini berhampiran dinding kelong..dengan menggunakan lens wide angle f/2.8 dengan jelas kelihatan sang alu alu menjadi samseng petang ini...balingan peluru dari amir berjaya menjebak si hantu gigi ini...gambar diatas alu alu berjaya ditipu menggunakan Sure Catch Gobimaru.
Hasil seterusnya Dari Tuan Beck ( penulis )..sang kerapu dengan mudah ditipu menggunakan cacing ( SP ).Dua ekor lagi kerapu satu dari si awang tagal dan sekor lagi dari penulis tetapi tidak dipotretkan kerana laut bergelora membataskan sesi pengambaran kami hihi..sebenarnya ikan tersebut segera kami lepaskan kerana bersaiz ibu jari x sampai hati nak di ambil gambarnya..
Hasil berikut penulis menggunakan gewang Yozuri Crystal Minnow
Lagi alu alu dari amir...waktu ini laut x bergelora..tenang setenang tenangnya..
Rapala Husky Jerk yellow Fluoro 9cm
Kerapu juga turut tumbang ditangan gewang ini...
Ternganga mulut kerapu...
Alu alu dari amir menggunakan gewang Rapala flat rap kaler clown
Ikan misteri membesit dan menjunam dengan kuat..ini mesti angkara Black Bass bebulu ketiak..
dan pandai makan nasi kwang kwang kwang...
Aktiviti santai kami...dalam perjalanan balik kami sempat terjun untuk menyejukkan badan..
Agaknya berapa hari sudah benda ni terapung...?????
Akhirnya ia pun tenggelam kedasar dan menjadi tukun bagi spesis spesis ketambak dan manyong...
Kami pun bergerak balik kerana azan magrib sudah kedengaran..hati kami sentiasa gembira walaupun spesis dihajati iaitu GT tidak memunculkan diri..
Text and fotografi by Tuan Beck..Riangkan hati kita seperti gambar budak di bawah..
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
It seems that you have been grown up beside the sea, your swimming skill and fishing skill should be very well!!!
BalasPadamshaddockfishing