Khamis, 11 Februari 2010

Geng Pari Kg Lubok Temiang

Kg Lubok Temiang merupakan salah satu Lokasi komplex pendaratan ikan di labuan,kerana ia mempunyai tempat yang strategik yang terletak di selat antara labuan dan tanah besar sabah.Penghujung Tahun lalu pihak kerajaan telah menaik taraf tempat tersebut,dengan membina satu wakaf tempat nelayan memunggah hasil tangkapan.Di samping itu juga terdapat tempat nelayan membaiki bot mereka yang baru saja dibina oleh kerajaan. Tempat ini juga menjadi tempat remaja remaja yang ingin melepaskan gian memancing mereka,pada petang tersebut kebetulan saya ingin berjumpa dengan kawan,saya sengaja melepak disitu,kebetulan ada c rosman membawa ambur(koyan)..apa lagi jom test katanya..banyak juga ikan tambak(tanda) hampir2 menjadi mangsanya..
Hehehehe last2 sekali hanya ikan Bedukengz yang memakan umpannya...


kerja2 membuka mata kail dari mulut ikan bedukenz mestilah dilakukan dengan berhati2..



Keadaan di wakaf tersebut(pandangan dari bawah)....



Pada malam tersebut saya menyertai Geng ini untuk memburu si Pari..Berdekatan dengan wakaf ini terdapat 3 buah lopak besar yang di huni oleh bermacam2 jenis ikan..pernah suatu ketika dahulu ada Geng Tentera memancing disana dan mendapat sekor krapu yang besar,dan banyak kejadian lost kontrol...Jadi kami malam tersebut mencuba2 nasib memancing di situ.



Ini hasil pertama pemburuan kami di Lopak pertama (lubuk skodeng)..Khalid bersama ikan sembilang yang berumpankan sotong.




Rosman Dan Jeff sempat berposing dengan hasil tangkapan



Keadaan sembilang selepas didaratkan...Tahniah Khalid





Pada malam Kedua rosman memperolehi ikan paling di gemari ramai...yeezzzaaahhh badukang beb..




Besar lagi tu...haaaiiiyyyoooooo!!!!!




Itu sajalah yang dapat saya coretkan ketika bersama Geng Pari Kg Lubok Temiang ini..Si pari yang di Cari Belum Memunculkan diri,Hanya 2 strike pari kami perolehi yang 1st Putus and than 2nd strike lucut la pulak time ikan tu seakan2 mendap dalam pasir...Nantikan kemunculan geng ini akan datang...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan