Isnin, 14 Jun 2010

Gang LC Mengegar Drop Off LT

Mengilat Di laut adalah perkara paling seronok yang dialami oleh Geng LC..Banyak kenangan manis yang berjaya dipotretkan dan juga kenangan pahit nya tersendiri..Terbaca pasal artikel di sebuah majalah pancing tempatan pasal mat mat Fly meranduk air separas pinggang di Maldives untuk mendapatkan ikan idaman,kami secara tidak sengaja telah Terancang satu Trip meranduk air demi ingin merasai sendiri Pengalaman tersebut..
Kebetulan hari tersebut nak hujan,kami yang telah bersedia dengan kelengkapan masing dari awal lagi tidak menghiraukan keadaan cuaca tersebut,walaupun kelihatan awan ribut yang xlama lagi akan menyimbahkan isi padunya tapi kami tetap menguatkan semangat untuk menjayakan trip ini.Perjalanan lebih kurang 200m kami terjumpa kelompok kelompok rumpai laut (kangkam),kami pun mencubanya ternyata berhasil apabila Si Awang berjaya mendapatkan kerapu juvenil dengan mengguanakan S.P,belum sempat diambil gambar si awang ni pun melepaskan kerapu tersebut...dia kata x pa kt hujung nanti baru kita begambar!!!!Penulis hanya mendapat Miss Called dari sang kerapu..

Sampai saja di Lubuk tersebut ( drop off) masing masing menumpukan balingan mereka di kawasan drop off,tidak di sangka balingan pertama penulis dan taiko Tai Chan mendapat sambutan dari penghuni Lubuk tersebut.Terasa hanggukan yang hebat di hujung joran,adaka angkara kerapu besar atau ikan tambak besar???semuanya terjawab apabila ikan itu membuat lencongan dan si awang berteriak GTTTTTTTTTT...lariannya sungguh padu secara tidak disangka Tai Chan pulak mendapat sambaran ketika penulis sedaya upaya mendaratkan ikannya dan Double strike lah yyeeee haaaa...GT sipenulis hampir2 membelit di kaki taiko Chan,mungkin disangka nya batu karang hahaha...Gt masih berlegar2 di kaki penulis dan ada tanda2 ia ingin menyerah kalah..Akhirnya ikan tersebut dalam dakapan penulis dan x lama selepas tu tai chan pun berjaya jugak..


Close up Lure si penulis yang berjaya dikekah oleh sang GT..


Perbandingan Lure dengan Sang GT


Sebelum hujan melandan,amir berjaya mendapatkan satu sambaran padu setelah beberapa kali termiss..Gt membuat sambaran berhampiran beliau,dengan setting drag yang cantik sang GT tidak sempat untuk menyelitkan diri di celah celah terumbu karang yang amat tajam itu..

Close up!!!beliau juga berjaya menaikkan Gt keduanya menggunakan popper azimat ini,tapi x diambil gambar kerana penulis lambat mengeluarkan cameranya dan Gt itu Berenang dengan selamat ke persembunyiannya...tahniah amir..

Awang tidak mendapat GT hari tersebut,taaaaapppiiii beliau berjaya mendapat strike dari seekor kerapu bara..wauuuu rekod nih!!!!

Solid Hook Up..



Hari kedua awang n amir turun lagi kali ini tai chan pun turut serta sebagai warga Lc yang baru..awang berjaya menjinakkan 2 ekor GT,2 ekor kerapu bara and 2 ekor kerapu Hitam..

Semuanya bersaiz yang sama macam hasil kelmarin..


Ribut semakin kuat,hujan mencurah2 tanpa henti...kami hanya mampu berdiam diri sambil casting dilubuk tersebut kerana darat tidak kelihatan lagi..kilat sabung menyabung didepan kami...kami hanya berserah sebab niat kami iklas hanya untuk mencari rezeki...sehingga bertemu kembali di cerita akan datang..salam dari Gang LC



























2 ulasan: