Ahad, 28 Februari 2010

KaTaK KaYu BomBasTiK

Sememangnya gewang ini amat menakjubkan,bukan sahaja dari putaran kipas di hadapannya malah,skirt dan warna gewang ini juga menarik perhatian..Cara Persembahannya amat mudah,ikutlah cita rasa pemancing jika inginkan gewang ini menghasilkan buih yang banyak maka karaulah dengan laju untuk membangunkan haruan yang bersembunyi di lubuk yang dalam,dan jika ingin mempelbagaikan cara pengunaan gewang ini terpulang kepada pemancing,dengan mencuba pelbagai seperti karauan terus,stop n go atau hujung joran disentap atau diseret seperti mana pengunaan popper..
Haruan tidaklah memilih warna sangat yang penting pelbagaikan teknik dan rajinlah menukar gewang jika sambaran tiada..


Antara yang berjaya mengoda haruan...

Buyun Terbaru di pasaran labuan..Dapatkan dengan segera sebelum stok habis.. (untuk makluman sekarang banyak stok buyun baru sampai di kedai TACKLE WORLD Labuan)



Hasil pertama pada petang tersebut,haruan ini membuat 3 kali sambaran dan akhirnya melekat juga..




Solid Hook Up....



Haruan kedua,inilah haruan terbesar pada trip petang tersebut yang membuat sambaran dicelah rumpai..Tengok saiz buyun jika dibandingkan dengan haruan tersebut..



Saya membandingkan dengan kaki saya,sama panjang mengikut sukatan Dari pangkal Paha hingga ke lutut..



Peeehhhh melekat habis...


Hasil ketiga huhuhu...laku buyunku...Ikan paling kecil pada petang itu..



Hehehe haruan yang bernafsu besar..




Wooooooo....Dalak Ke empat..Ikan ni diperolehi dengan menggunakan Berkley Power bite Minnow..Ikan ini membuat beberapa aksi Whilly ibarat siakap ataupun sewaktu dengannya..tetapi sayang aksi Whilly yang terakhir menyebabkan ia tewas apabila lompatannya tersasar ke Darat Yang belumpur hahahaha.. Dia susah nak keluar dengan aku aku sekali susah nak menariknya sebab dia terbenam dalam lumpur.



Antara aksi bergambar yang sempat dirakamkan...Thanx Bro Awang Karuk CROMOKCASTER.selepas dari trip ini kami bedua pun lepak2 dengan sorang lagi ahli cromok iaitu bro Lee Ungah..untuk panduan http://cromokcaster.blogspot.com/


Mesti ramai yang heran,saya merupakan hantu siakap kenapa beralih kepada Haruan sejak 2010 ini..jawapannya ringkas sahaja,haruan pun ikan juga n tergolong dalam kategori Gamefish.Lagipun haruan senang sket diperolehi berbanding siakap....





Sehingga bertemu lagi di trip akan datang.....

Rabu, 24 Februari 2010

AnTRax SnaKeHeaD

Jam menunjukkan 6.10pm..fuuhh belum terlambat lagi untuk mendalak..saya bergegas keluar dari opis tujuan cuma satu untuk mendalak...jom jom jom cast...
Saya melihat keadaan air disitu agak keruh dan teda kelibat yang seakan2 Dalak..emmmm cuba ja lah..First Cast zuuuuusssss Sang Buyun di baling jauh..X di sangka tiba2 TUUUUFFF pada balingan pertama huhuhu buyunku kena lagi...

Gambar Jarak dekat Dalak dan Set yang digunakan Hari tu... Daiwa Megaforce Plus TSH L + Relix Gladiator 8-16 + 20lbs Power pro + BUYUN = Dalak 400g


Patutlah x Kuat melawan,rupanya Dalak ni tertelan buyun...Lemas Agaknya tu.. selepas tu second cast zuuusssss tekkkk..alahai knp ni..oooo sarang burung rupanya hehehe..3rd cast buyun terbang jauh,on da way si buyun nak kembali kpd tuannya ada kelibat dalak mengejar peeehh kompom meletup lagi buyunku...puuusssss sekor dalak melompat,aik knp x mkn?ala rupanya2 dia bersama geng2nya betempiaran lari sbb tkt kt buyun Ingatkan nak sambar..alahai perasaannya aku.. : <




Lubuk ni di beri nama ANTRAX,Kerana Dalak yang diperolehi mempunyai bintik2 putih di ekor,sirip dan badan.Mungkin juga akibat dari sisa Pembinaan yang bertoksik mengalir masuk ke dalam kolam ni..Seperi besa walaupun dalam keadaan macam mana pun Dalak tu saya akan melepaskannya kembali..Pada jam 6.35 saya pun Gerak balik..hehehe Bubye











Rabu, 17 Februari 2010

Lubuk Harimau Berapi

Hai kita bertemu lagi..huhu..kali ni saya bersama si Raja Haruan pergi menyerang di lubuk yang lama kami tak kunjungi.Disebabkan Musim Kering sekarang ini,Keadaan paya ini pun berubah sedikit Dan keadaan air di Lubuk ini pun Surut sedikit..Lubuk Ni bukan la lubuk Rahsia,Ia terletak Diantara Langit dan Perut bumi...(Sg Bedaun)

Hasil Pertama Otai dalak Bro mizlan..

Wooo Telan habis!!!



Foyoo Second Catch Beliau...Agak besar dari 1st Catch Beliau...

Semua Haruan yang diperolehi baik hidup ataupun nyawa nyawa dalak kami akan melepaskannya kembali..Berjumpa lagi di pemburuan akan datang...




Wahoo Yahoo

Mengejutkan Bila wahoo Menyambar Halco Laser pro tidak jauh dari persisiran pantai..wahoo ini seberat 10 kg
Halco Laser Pro Di pertaruhkan Pada trip Trolling tersebut..Dan ianya tidak mengecewakan.








Haruan Angpaw

Trip di susun rapi,segala perbincangan di susun atur,seawal pagi selesai saja mengerjakan solat subuh saya bersama bro mizlan telah meredah semak untuk mencari Dalak ikan kebangaan Group kami..walaupun hari masih lagi gelap,tetapi kami teruskan jua demi dalak tercinta...ceeewaaahh...

sesampai saja di lubuk tersebut hari mulai panas,dan x lama kemudian geng2 lain pun datang,fizan,khalid n pijul...

1st Catch dari saya,haruan 400g...

walaupun ikan ni bersaiz kecil tetapi mampu menelan Lure froggy...


Bro mizlan menunjkan kehebatannya bila berjaya mendapat Habuan yang d idam2kan..Haruan ni lebih kurang sama saiz dengan 1st catch saya tadi...semua haruan di lepaskan kembali..




Selasa, 16 Februari 2010

Alkisah Chinness New Year

Lubuk x lama x di usik..rupa2nya air d situ semakin surut disebabkan kemarau..

Banyak Reba2 kayu yang muncu..dan banyak juga banglo2 haruan muncul.....

yezzz hasil pertama kerja membuyun saya...


Solid Hook up...Flying Frog ( buyun) di telan habis



Second Catch Yeeeezzzzz!!!!Haruan gemuk ini membuat sambaran di celah kayu2 separa tenggelam..




Kaler haruan di sini lebih cantik dan bersih...




Soled Hook Up juga..




Trip Mini Pulau Enoe


!st Cacth D lubuk Tersebut menggunakan S.P...Bulan D target Haruan yang muncul








Trip Awal pagi..kena lagi buyun ku



Amir berjaya mendapat 3 ekor haruan pagi tu....

Hingga Bertemu d lain episod...sayangi lah dalak untuk semua..jangan lupa amalkan catch And Release...











Sabtu, 13 Februari 2010

Ops Sikap Bersepadu 77

First Strike Pagi Tersebut Pakai Buyun beb!!!!!!!!!

Fizan Second Strike pakai buyun juga...huhuhuhu
Pelepasan kembali..




good bye...



Inilah ikan kebangaan Malaysia





Jonny pun x mau mengalah....dua ekor dia dapat.Kedua2 ekor seberat 1kg++




Fijul pun sama jua,dia menggunakan Propelller + Katak Rod Ford.....




Lure di telan habis...
Keadaan Lubuk kinabenua sehari sebelum Pertandingan Memancing di adakan disini..