Ahad, 27 Jun 2010

Santuari Pak Hitam

Pertempuran LC di atas terumbu tidak pernah berkesudahan,spesis target kami ialah ikan ikan karang seperti family kerapu,tambak,bayan,dan pelbagai lagi..tapi kali ini kami diserang bertubi tubi oleh gerembolan sang kerapu@ pak hitam
Hasil dari Awang Tagal dengan senyuman manja ala ala artis tagalog,kerapu Batang yang memang power junaman dan setiap larian nya menuju kesarang sunnguh syok dirasai..

S.P pembunuh


Spesis lain juga turut tergoda dek lenggokan S.P..

Lagi kerapu batang...balingan yang tepat Si awang Tagal ke arah sarang kerapu ini,menghasilkan peratusan sambaran yang tinggi tetapi drag harus diketatkan kerana spesis kerapu ini amat kuat daya juangnya demi mencapai sarangnya..


Saiz saiz sedap @ Table saiz..

Tidak disangka,pada hari tersebut niat kami mencari siput,Siput di cari pak hitam memunculkan diri.. sebelum ini kami berjaya di drop off tapi kali ini padang tempur lain yang kami tempuhi...Kepada Geng2 baru yang baru mendapat lesen cast kerapu ( liau bidin,nas n sapa ka lagi namanya tu) tahniah di ucapkan

Hasil hari pertama diorang melebihi angka 10...Hari kedua diorang berjaya mendapat hampir2 20 ekor dan hari ketiga penutup tirai dalam 9 ekor...Dengan teknik turun temurun bermain s.p Awang Tagal dan Amir sisi hahaha berjaya mengetuai serang hendap ke atas Koloni kerapu Lubok temiang di LUBUK TEMIANG...Dengan disertai Tok Guru Yahya dan kuncu kuncu yang baru register mereka berjaya menyintak berpuluh ekor kerapu dlm masa 3 hari...WAAUUUU

Penulis Kureng bernasib baik kerana tiada s.p...hanya popper digunakannya,sebab semalam beliau bermimpi mendapat kerapu pisang ( Lantaran) menggunakan popper hehe..angan angan terlalu tinggi bro..Tetapi hampir menjadi kenyataan bila sang kerapu (bukan Lantaran) menyerang poppernya..kalo terjadi perkara tu semestinya satu rekod,kerapu makan popper!!!!Tapi beliau berjaya mendapatkan Sang Todak a.k.a Bruce sak bagak..

Popper azimat penulis..Storm chug Bhug kaler kelisa kata si awang tagal.. walaupun tiap kali Gang kami tidak terlepas dari mendapat Todak ketika casting di citu,KAMI BELUM LAGI MENGELUARKAN AMARAN LUBUK TEMIANG & TG ARU AKAN DI LANGGAR TODAK hahahahahaha....hahahahahaha...lawak ja!!!

Sememangnya memancing di atas terumbu mmg mengasyikan..akan datang kami pasti akan mengegar kembali Drop Off LT yang pernah mencatatkan Hasil GT yang baik suatu ketika dahulu..Sekian...



Dijayakan Oleh: Izam Paling Cumel






Isnin, 21 Jun 2010

Trip haruan bersaiz BAGAK....

Haruan saiz mega tangkapan pertama untuk hari nie yg berjaya di daratkan oleh amir SISI...AMACAM?ADA BERAN?....
Guru yahya turut tersenyum lebar pada hari nie,1st cast terus dapat.memang bernasib baik bro kita nie...
Tersenyum lebar bro kita nie,tp katak tu mana hilangnya?kecewa bro awang sal asyik kataknya yg kena cabul,and last2 putus jugak...tp yg penting kita casting n hepi slalu..
Huhuhu..nie la mama haruan yg paling payah dipujuk,tp akhirnya tergoda oleh lenggang lenggok c seahawk frogie.memg bersaiz monster la bro....
Haruan mega lagi dari bro amir SISI kita...byk lagi haruan saiz macam nie kat lubuk tersembunyi ni,yg penting pandai pujuk...
Cuba perhatikan betul2,Chug Bug nie pernah membantu bro amir kita menewaskan toman juvenil pertamanya,hooked up yg solid dgn penggunaan mata kail sureset yg di curi dari rapala DT abangnya..
Amir dgn haruan cenonet yg di daratkan di lokasi yg lain sebelum pergi ke lubuk haruan gergasi,mesti korang tau lokasi nie kan?
Haruan cenonet tepi pantai....
Trip awal pagi,awang tagal bersama haruan bersaiz bagak pertamanya di lubuk ni..
Memang haruan di sini gemar pada c frogie,buyun kurang mendapat sambutan di lubuk ni...



Di jayakan oleh dan di post; AWANG TAGAL YANG HENSEM...

Isnin, 14 Jun 2010

Gang LC Mengegar Drop Off LT

Mengilat Di laut adalah perkara paling seronok yang dialami oleh Geng LC..Banyak kenangan manis yang berjaya dipotretkan dan juga kenangan pahit nya tersendiri..Terbaca pasal artikel di sebuah majalah pancing tempatan pasal mat mat Fly meranduk air separas pinggang di Maldives untuk mendapatkan ikan idaman,kami secara tidak sengaja telah Terancang satu Trip meranduk air demi ingin merasai sendiri Pengalaman tersebut..
Kebetulan hari tersebut nak hujan,kami yang telah bersedia dengan kelengkapan masing dari awal lagi tidak menghiraukan keadaan cuaca tersebut,walaupun kelihatan awan ribut yang xlama lagi akan menyimbahkan isi padunya tapi kami tetap menguatkan semangat untuk menjayakan trip ini.Perjalanan lebih kurang 200m kami terjumpa kelompok kelompok rumpai laut (kangkam),kami pun mencubanya ternyata berhasil apabila Si Awang berjaya mendapatkan kerapu juvenil dengan mengguanakan S.P,belum sempat diambil gambar si awang ni pun melepaskan kerapu tersebut...dia kata x pa kt hujung nanti baru kita begambar!!!!Penulis hanya mendapat Miss Called dari sang kerapu..

Sampai saja di Lubuk tersebut ( drop off) masing masing menumpukan balingan mereka di kawasan drop off,tidak di sangka balingan pertama penulis dan taiko Tai Chan mendapat sambutan dari penghuni Lubuk tersebut.Terasa hanggukan yang hebat di hujung joran,adaka angkara kerapu besar atau ikan tambak besar???semuanya terjawab apabila ikan itu membuat lencongan dan si awang berteriak GTTTTTTTTTT...lariannya sungguh padu secara tidak disangka Tai Chan pulak mendapat sambaran ketika penulis sedaya upaya mendaratkan ikannya dan Double strike lah yyeeee haaaa...GT sipenulis hampir2 membelit di kaki taiko Chan,mungkin disangka nya batu karang hahaha...Gt masih berlegar2 di kaki penulis dan ada tanda2 ia ingin menyerah kalah..Akhirnya ikan tersebut dalam dakapan penulis dan x lama selepas tu tai chan pun berjaya jugak..


Close up Lure si penulis yang berjaya dikekah oleh sang GT..


Perbandingan Lure dengan Sang GT


Sebelum hujan melandan,amir berjaya mendapatkan satu sambaran padu setelah beberapa kali termiss..Gt membuat sambaran berhampiran beliau,dengan setting drag yang cantik sang GT tidak sempat untuk menyelitkan diri di celah celah terumbu karang yang amat tajam itu..

Close up!!!beliau juga berjaya menaikkan Gt keduanya menggunakan popper azimat ini,tapi x diambil gambar kerana penulis lambat mengeluarkan cameranya dan Gt itu Berenang dengan selamat ke persembunyiannya...tahniah amir..

Awang tidak mendapat GT hari tersebut,taaaaapppiiii beliau berjaya mendapat strike dari seekor kerapu bara..wauuuu rekod nih!!!!

Solid Hook Up..



Hari kedua awang n amir turun lagi kali ini tai chan pun turut serta sebagai warga Lc yang baru..awang berjaya menjinakkan 2 ekor GT,2 ekor kerapu bara and 2 ekor kerapu Hitam..

Semuanya bersaiz yang sama macam hasil kelmarin..


Ribut semakin kuat,hujan mencurah2 tanpa henti...kami hanya mampu berdiam diri sambil casting dilubuk tersebut kerana darat tidak kelihatan lagi..kilat sabung menyabung didepan kami...kami hanya berserah sebab niat kami iklas hanya untuk mencari rezeki...sehingga bertemu kembali di cerita akan datang..salam dari Gang LC



























Toman Juvenil Vs Caster Juvenil

Petang sabtu beberapa rakan lain cuba mencari nasib memburu Si toman yang ganas,saya hanya mendengar cerita sensasi diorang kerana ada kerja yang perlu dibereskan...Dorang kata banyak toman bermain main kelihatan,tapi semuanya sombong sombong belaka..
Semuanya terbukti bila caster yang masih muda ini (Juvenil Caster) mendapat sambaran di tepi..rupanya angkara si toman juvenil..bole tahan jugak aksinya..

Popper Strom Chug Bug ditelan habis..Tahniah kepada amir Lc kerana berjaya mendapat lesen Toman..moga moga ada toman monster dinaikkannya akan datang..amin...


Ahad, 13 Jun 2010

Kisah Si Budak NAKAL Darat Dan Si Budak Nakal Laut

Hasil Jigging si awang,tahniah kepada beliau kerana berjaya mendapat lesen jigging..
Close up Jig dengan sipencurinya..

Awang dengan hasil tenggiri pertama si budak nakal lautan.......wauuuuuu!!!!!!!!!!!


Amir kedua....


Awang ketiga

Amir keempat....

Gewang storm tersemat kukuh...

Misi Diorang berakhir dengan kejayaan pabila tertumpasnya spesimen yang keenam..tahniah kepada geng2 yang berjaya menumpaskan Si Nakal Lautan ini...






Selasa, 8 Jun 2010

Senja Nan Merah

Pemburuan MJ kami belum berakhir..Kegilaan kami terhadap spesis Naib Juara Pelari pecut muara ini amat tinggi selain Sang Siakap...walaupun hujan telah menjejaskan kualiti air di sungai tapi kami tidak pernah patah semangat untuk mencuba,dan kali ini 4 ekor Mj berjaya ditumbangkan...

Sesampai disitu kelihatan keadaan air begitu keruh sekali..adakah MJ sudi menyambar umpan yang kami suakan?????


Ini dia hasil saya..Saya amat bersyukur kerana dikurniakan Mj bersaiz Kasar kali ini..pertarungan amat mendebarkan kerana Set yang digunakan ringan kali ini,Mj ini beberapa kali menjunam ke Reba tetapi saya melayannya dengan penuh sabar dan berhati hati..


Tengok Perbezaan Saiz Gewang Dengan badan Mj??? !!!

Mj dengan Set Spinning..


Set Medium Light yang saya gunakan..Rod Lemax Storm Lagend 6-15lbs+ Ryobi Vertigo 3000+ Eupro EX-5 15lbs+Fluoro Carbon 20lbs Grand Slam


Amir peewwwiittt dengan MJnya..menggunakan gewang Halco 6cm kaler Pink..gewang ini dah xda biji mata lagi tapi Mj masih menyambarnya dengan berkat kerajinan dan skill nya..


Amir bersama MJ keduanya.... ani lawan tokeh sudah ni!!!!!!!! Untuk Pedoman set digunakannya Rod Daiwa Croosbeate 8-16lbs+Shimano Cardiff 200+Spider Wire Code Red 20lbs

Anitah Liau Bidin mengapor saja krajanya sampai Ikan orang pun di pinjamnya..ambil berkat


Amir dengan Tangkapan MJ Ketiganya..dengan gewang yang sama juga..

Antara gewang gewang yang dicuba dilubuk tersebut kesemuanya Rapala Shad Rap 5cm dan sekor halco sorcerer 6cm

Seperti biasa menjelang senja kami akan beredar..bukan takut atau Alergik di gigit agas tapi yang penting kami berasa puas kerana disajikan dengan tarikan MJ yang mendebarkan..