Selasa, 8 Jun 2010

Senja Nan Merah

Pemburuan MJ kami belum berakhir..Kegilaan kami terhadap spesis Naib Juara Pelari pecut muara ini amat tinggi selain Sang Siakap...walaupun hujan telah menjejaskan kualiti air di sungai tapi kami tidak pernah patah semangat untuk mencuba,dan kali ini 4 ekor Mj berjaya ditumbangkan...

Sesampai disitu kelihatan keadaan air begitu keruh sekali..adakah MJ sudi menyambar umpan yang kami suakan?????


Ini dia hasil saya..Saya amat bersyukur kerana dikurniakan Mj bersaiz Kasar kali ini..pertarungan amat mendebarkan kerana Set yang digunakan ringan kali ini,Mj ini beberapa kali menjunam ke Reba tetapi saya melayannya dengan penuh sabar dan berhati hati..


Tengok Perbezaan Saiz Gewang Dengan badan Mj??? !!!

Mj dengan Set Spinning..


Set Medium Light yang saya gunakan..Rod Lemax Storm Lagend 6-15lbs+ Ryobi Vertigo 3000+ Eupro EX-5 15lbs+Fluoro Carbon 20lbs Grand Slam


Amir peewwwiittt dengan MJnya..menggunakan gewang Halco 6cm kaler Pink..gewang ini dah xda biji mata lagi tapi Mj masih menyambarnya dengan berkat kerajinan dan skill nya..


Amir bersama MJ keduanya.... ani lawan tokeh sudah ni!!!!!!!! Untuk Pedoman set digunakannya Rod Daiwa Croosbeate 8-16lbs+Shimano Cardiff 200+Spider Wire Code Red 20lbs

Anitah Liau Bidin mengapor saja krajanya sampai Ikan orang pun di pinjamnya..ambil berkat


Amir dengan Tangkapan MJ Ketiganya..dengan gewang yang sama juga..

Antara gewang gewang yang dicuba dilubuk tersebut kesemuanya Rapala Shad Rap 5cm dan sekor halco sorcerer 6cm

Seperti biasa menjelang senja kami akan beredar..bukan takut atau Alergik di gigit agas tapi yang penting kami berasa puas kerana disajikan dengan tarikan MJ yang mendebarkan..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan