Ahad, 27 Jun 2010

Santuari Pak Hitam

Pertempuran LC di atas terumbu tidak pernah berkesudahan,spesis target kami ialah ikan ikan karang seperti family kerapu,tambak,bayan,dan pelbagai lagi..tapi kali ini kami diserang bertubi tubi oleh gerembolan sang kerapu@ pak hitam
Hasil dari Awang Tagal dengan senyuman manja ala ala artis tagalog,kerapu Batang yang memang power junaman dan setiap larian nya menuju kesarang sunnguh syok dirasai..

S.P pembunuh


Spesis lain juga turut tergoda dek lenggokan S.P..

Lagi kerapu batang...balingan yang tepat Si awang Tagal ke arah sarang kerapu ini,menghasilkan peratusan sambaran yang tinggi tetapi drag harus diketatkan kerana spesis kerapu ini amat kuat daya juangnya demi mencapai sarangnya..


Saiz saiz sedap @ Table saiz..

Tidak disangka,pada hari tersebut niat kami mencari siput,Siput di cari pak hitam memunculkan diri.. sebelum ini kami berjaya di drop off tapi kali ini padang tempur lain yang kami tempuhi...Kepada Geng2 baru yang baru mendapat lesen cast kerapu ( liau bidin,nas n sapa ka lagi namanya tu) tahniah di ucapkan

Hasil hari pertama diorang melebihi angka 10...Hari kedua diorang berjaya mendapat hampir2 20 ekor dan hari ketiga penutup tirai dalam 9 ekor...Dengan teknik turun temurun bermain s.p Awang Tagal dan Amir sisi hahaha berjaya mengetuai serang hendap ke atas Koloni kerapu Lubok temiang di LUBUK TEMIANG...Dengan disertai Tok Guru Yahya dan kuncu kuncu yang baru register mereka berjaya menyintak berpuluh ekor kerapu dlm masa 3 hari...WAAUUUU

Penulis Kureng bernasib baik kerana tiada s.p...hanya popper digunakannya,sebab semalam beliau bermimpi mendapat kerapu pisang ( Lantaran) menggunakan popper hehe..angan angan terlalu tinggi bro..Tetapi hampir menjadi kenyataan bila sang kerapu (bukan Lantaran) menyerang poppernya..kalo terjadi perkara tu semestinya satu rekod,kerapu makan popper!!!!Tapi beliau berjaya mendapatkan Sang Todak a.k.a Bruce sak bagak..

Popper azimat penulis..Storm chug Bhug kaler kelisa kata si awang tagal.. walaupun tiap kali Gang kami tidak terlepas dari mendapat Todak ketika casting di citu,KAMI BELUM LAGI MENGELUARKAN AMARAN LUBUK TEMIANG & TG ARU AKAN DI LANGGAR TODAK hahahahahaha....hahahahahaha...lawak ja!!!

Sememangnya memancing di atas terumbu mmg mengasyikan..akan datang kami pasti akan mengegar kembali Drop Off LT yang pernah mencatatkan Hasil GT yang baik suatu ketika dahulu..Sekian...



Dijayakan Oleh: Izam Paling Cumel






Tiada ulasan:

Catat Ulasan