Khamis, 5 Ogos 2010

Drop Off LT Memang Berisi

Cakap saja pasal drop off pastinya kita ketahui ia memang tempat persembunyian predator predator yang memang dalam kategori Game fish..Hasil dari penulis dengan teknik trolling..Seumur hidup penulis,inilah GT tersebesar dalam hidupnya walhal manusia manusia lain di kg ini telah banyak menaikkan GT GT 2x-5x ganda dari saiz ini..GT ini menyambar Rapala Minnow Rap 9cm Hot Tiger ketika Taiko Chan memperlahankan enjin botnya dan dalam masa yang sama GT ini pun membuat sambaran..Memang best kerana penulis hanya menggunakan Set 6-15 lemax storm Lagendnya...
Walaupun hanya mengguakan Set ringan tetapi akhirnya Sang Penjenayah ini berjaya dinaikkan.

Hasil kedua dari penulis iaitu Barracuda Yellow Tail..walaupun penulis hanya menggunakan shock leader tanpa dawai tetapi sang Barracuda ini tidak berjaya meloloskan diri kerana gewang digunakan adalah besar hehehehe...


Gewang gewang yang telah pecah dara minnow rap 9cm dan hinomiya red head 13cm..gewang hinomiya ini dijumpai penulis ketika hendah mengilat Toman pertengahan tahun lalu..



Hasil popping dari Amir Sisi,walaupun hanya sekilo tetapi hampir tercirit juga si amir menahan larian penyamun laut ini................



Gewang keramat beliau...
Pastinya akan datang kami akan gempur lagi drop off LT ini....doakan kejayaan trip kami..Salam Strike dari penulis..
By: izam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan