Petang sabtu,aku,Mizlan Dark Art Caster,Pak Majed,Ridwan,Boy dan Victor berkomplot untuk menjejak spesis paling kami sanjungi iaitu sang haruan...bagi kami saiz tidak menjadi hal yang penting dpt merasa tarikan dari ikan kebangaan malaysia ini iaitu Sang Haruan..Jam 5 kami semua berkonvoi dari lajau menuju ke lubuk kebun jagung..kedatangan kami kesana tidak mendapat sambutan meriah dari penghuni parit tersebut kerana kurangnya strike..tapi lubuk itu memang berisi apabila Bro Mizlan berjaya mendapatkan trofinya yang bersaiz bagak!!!!!!!
Hasil tunggal pada trip tersebut,Haruan mega dari bro mizlan..cun cun 1.2kg.beliau menggunakan umpan sure catch junior froggie.
Hasil hari berikutnya di lubuk kebun jugak..tapi ni bukan kebun jagung atau kebun pisang tapi di lubuk kebun kangkung..lubuk ini merupakan sebuah perigi kecil terletak berdekatan rumah saya..jalan kaki 5 minit sampailah..hasil dari penulis dengan haruan yang menjadi rekod peribadinya..hasil ini jugak tidak disangka olehnya..pada lontaran kali kelima katak Hinomiya berwarna hitam merah diterkam secara lembut..ingatkan saiz baby rupanya saiz papa..3 saat diberikan untuk si Papa ini mengunyah umpan yang sememangnya amat sedap rasanya sebelum penulis membuat sentapan padu..Ikan ini mengelupur kuat dan memaksa joran tunduk mengikut lariannya..15saat selepas tu ikan ini berjaya didaratkan..tidak ada peluang bagi Si Papa ini masuk kerumput tebal kerana Drag di kunci dengan ketat.
Gambaran dari view berlainan..
Perbandingan ikan dengan set penulis bagi mengambarkan saiz sebenar ikan ini.
Gambaran jarak dekat mulut ikan ini..nampak kecil umpan froggie ini..
Katak yang berjasa kepada penulis,kerana berjaya memikat Haruan rekod peribadi penulis.
Bacaan timbangan dari boga grip.. 1.6kg
Hasil pada hari berlainan..Haruan remaja di perolehi menggunakan Seahawk Mini Froggie yang dikarau laju.
Tegap dan berisi haruan disini..
Set yang digunakan dan berjasa kepada penulis.. Abu Garcia c3 + ATC Sniper Rod 10 - 20lbs + Varivas 28lbs ( PE3)
Hasil dilaut oleh geng LC yang lain..pada hari tersebut ribut yang melanda pulau ini reda seketika.Peluang itu diambil oleh Awang n amir untuk menjenguk jenguk GT GT yang bermaharaja lela di situ..Hasilnya hanya seekor GT juvenil yang termakan Rapala Flat Rap Clown.Saiz x jadi hal yang penting Strike!!!!!
Hasil Seterusnya ikan Todak ataupun nama saintifiknya BRUCESAK yang juga tertipu dengan Rapala Flat Rap Clown. Sekeian itu saja dari kami..Gud bye i love u n i miss u soo much emmmuaaaaahhhhh..yezzaaaaahhh zassssss!!!
Text : Izam z
Foto : Izam Z & Awang LC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan