Selasa, 24 Ogos 2010

Amukan GT Drop Off Selidai

Bulan puasa selalunya aktiviti memancing tidak begitu galak dilakukan kerana atas faktor kepenatan berpuasa,takut terbuka puasa hehehe dan kebanyakkan caster caster hanya berehat dirumah.Tapi bukan kepada 3 orang kebal Geng LC,mereka sanggup seharian memancing d laut demi mencari ikan idaman iaitu Sang GT,bagi mereka puasa bukan jadi penghalang mereka untuk memancing GT daripada seharian tidor d rumah bagus pegi laut..Sejak hari pertama penjelajahan mereka mencari GT,mereka banyak diserang oleh gerombolan GT bersaiz rata rata 1-2kg sekor.Yg menariknya mereka hanya menggunakan Set ringan walhal tempat permainan GT di sini amat mengerunkan dengan batuan karang yang amat tajam..Kejadian double hook up sering terjadi,tu yang best tu..Penulis tidak berkesempatan mengikuti mereka kerana trip d buat pada hari bekerja..x apa,hari ahad kan ada..Amir sisi sedang digasak teruk oleh GT..cuba perhatikan Awang Tagal sedang memegang GT,GT tersebut baru sahaja didaratkan..mereka mendapat Double hook up sekali gus. Hasil dari Awang Tagal..GT menjadikan spesis buruannya sejak kecil lagi ( sejak memakai lampin) hehehe

Perhatikan Popper Chug Bug ditelan oleh Sang GT..Kali ini Popper jenama storm Chug Bug menjadi kegilaan Gt Gt disini..tidak kira apa saiz semuanya diserang tanpa belas kasihan.

Hasil sampingan Dari amir Sisi Ikan Tambak.

Hasil seterusnya dari Awang Tagal..

Amir dengan Gt saiz muat muat periuk dirumah..
Gewang Rapala Shad Rap Deep Runner 7cm..
Double Hook up lagi antara Awang Tagal dan juga Tai Can...Tai can ah bukan shin can.

Hasil berikutnya dari Tai can...

Awang Tagal lagi yang kena..Jangan ketawa,beliau sanggup berpura pura menjadi Zombie supaya Gt membedal Poppernya...

Popper Chug Bug menjadi kegilaan GT disini.

Amir sisi tengah memerhatikan Subul si GT yang baru didaratkannya,samada Gt ni pompuan or GT laki laki...

Berkesan juga teknik menyondol subul GT dari Amir sisi,beliau mendapat strike ganas selepas itu.

Akhirnya GT itu berada Dalam dakapannya.

GT bagak diperolehi oleh Tai Can..Jangan ada yang melasit bro..hampir hampir nampak sudah tu..huhuhuhu

Teknik Melasit berjaya mengoda GT seterusnya...

Amir Sisi membuat kejutan dngan mendaratkan Talang

Warna Popper yang cun..

Awang Tagal mendapat Strike yang padu sebelum mereka pulang..Tali dalan spool Abu Garcia Cardinalnya hampir hampir habis dilarikan..Junaman ikan tidak mampu ditahan lagi,Kekilinya tidak mampu menanggung tekanan melampau sehinggakan kekili itu barai dikerjakan Sang ikan misteri yang dipercayai GT besar..Dengan semangat yang kuat untuk menumpaskan GT besar tersebut Awang Tagal sanggup melaburkan duit untuk membeli Kekili Baru SHIMANO STRADIC Ci4 2500...Mesin power sudah apa lagi jom p serang Gt lagi...

Hari berikutnya mereka pergi ke Drop Off semula..Banyak juga Drop Off dan terumbu terumbu mereka jelajahi semata semata untuk bersemuka dengan GT GT yang dikatakan samseng itu..Bukan sahaja Drop Off Selidai tapi banyak lagi port berpotensi mereka jumpai antaranya Takat si Nunil,Takat si Amir ( Amir Lubok Temiang ),Takat Kelong,Takat besar,Takat Si tayan dan juga Takat si Bayau..Takat Si Awang belum dijumpai lagi kerana GPSnya Hang

Oleh kerana mereka rajin menjelajah kesana kemari hasil hari berikutnya jugak menghasilkan GT GT..Tai Can sekali lagi berjaya memangku Sang GT.

Popper Keramat..!!!!

Awang Tagal kena Lagi..ni baru Popper keramat..

Habis hancur Popper Chug Bug ini..

Hari berikutnya disertai oleh penulis..kelihatan gambar diatas Awang Tagal tengah tekun mengilat..

Sempat lagi penulis bergambar..Tau tau kumpau hehehehe..

Hasil Tunggal GT Dari Awang Tagal..

Hasil sampingan hari tersebut Sang Todak..

Double Hook Up Awang Tagal dan Tai Can...
Kedua dua ekor Talang tersangkut Popper di kepala dan belakang.

Lagi Hasil GT dari Tai Can...

Hari menunjukkan hampir gelap,keadaan ombak dan angin tidak mengizinkan..Tai Can pun terus memacu Bot berenjin 150 hp balik kedarat kerana angin bertambah kuat.

Pada malam tersebut kami bergumpul untuk bersama sama untuk merasa GT yang fresh ini..eeemmmmmmmmm manisnya..malam ini 5 orang Geng Lc mengerjakan GT 3 rasa ini..Yang lain hilang entah kemana..

Keadaan GT sebelum Diserang...

Makan saja jangan malu..Pastinya kami berharap agar ada cerita yang lebih menarik lagi selepas ni..Salam dari Gang LC..SELAMAT BERPUASA

Teks Oleh: Izam LC
Fotografi: Gang LC
Terbitan : Labuan Caster Publisher..































Tiada ulasan:

Catat Ulasan