Rabu, 11 Ogos 2010

WaKa WaKa Di Bulan Sya'aban

Waka Waka itulah lagu yang menjadi siulan kaki kaki bola bila pada masa ini.Penulis juga merupakan peminat sukan bola sepak ini,tapi apakan daya tendang bola pun x lurus..walau bagaimanapun penulis dan rakan rakan ada mengumpul koleksi Gewang Rapala Shad Rap world cup series sebagai tanda kenangan world cup Afrika 2010..tidak lama lagi bulan ramadan akan menjelma,so banyak tugas tugasan di tempat kerja perlu dilangsaikan dengan segera dan pada masa yang sama banyak juga program2 yang dibuat dan penulis hanya mengigit jari bila melihat set set pancingnya kerana kesibukan membataskan keinginan penulis untuk mengilat.

Tapiiii bole juga lah curi curi cast jap,masa diatur bersama awang tagal untuk menyerang port tebing berbatu Sg Gengarak,sebelum 5.30 pm kami pun sampai di lubuk tersebut,kelihatan ramai juga budak budak membottom dan casting pada petang tersebut.Balingan gewang rapala tail dancer penulis untuk kesekian kalinya mendapat mendapat sambutan,kocakan air begitu besar dan pada mulanya disangka ikan siakap,tapi cara benaman dan lariannya agak berlainan sedikit.Drag Shimano culcutta 101B sengaja dikunci ketat tetapi ia bagaikan tidak berfungsi ketika Sang Barracuda ini membuat lariannya kencangnya.Tidak sampai 10 minit ikan tersebut berjaya didaratkan dengan bantuan Awang Tagal.Kegembiraan terpancar diwajah penulis.


Barracuda Yellow Tail seberat 3 kg menjadi ikan terbesar yang di casting penulis dalam masa 7 bulan pertama pada tahun 2010 ini.Set yang digunakan Abu Garcia Hornet Stinger 8-16lbs+Shimano Culcutta 101B+eupro Ex5 15 lbs+Shock Leader 40lbs+Rapala Tail Dancer 7cm.


Habis gewang dikekah oleh Sang ikan.Walaupun mata tiga asal telah ditukarkepada VMC yang lebihkuat,tetapi mata tiga gewang ditengah telah patah dan mata tiga dibahagian ekor terkankang sedikit..



Tangkapan lain disungai tersebut,Amir sisi berjaya menjerat sekor ank Mj menggunakan gewang ajaibnya.Walaupun kecil tapi daya juang sang mj ini boleh bikin ketagih.

Cuba Teka gewang apakah ini????


Tangkapan seterusnya dari penulis ketika mengilat di tembok berdekatan...Baby GT@kalakitok
dijerat menggunakan Spoon Abu Island 7 gram


Itulah saja Dari kami buat masa sekarang,diharap kami akan mendapatkan hasil yang baik pada trip2 seterusnya nsyaallah..Bulan Ramadan menjelma,Kaki kaki caster yang beragama islam Kami dari gang Lc mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan,buang yang keruh ambil yang jernih perbanyakan amal dibulan ini demi mencari sinar ramadan,rajin rajinlah terawih yee berdoa kebahagian didunia dan diakhirat,Sekian WABILAHITAUFIKWALHIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAH HIWABARAKATU..Yeeeeeeeeezzzzzzzzzzaaaaaaahh
Diterbitkan Oleh : Izam z







Tiada ulasan:

Catat Ulasan